Jumaat, 2 April 2010
Khamis, 25 Mac 2010
FUNGSI PENGURUSAN KURIKULUM
| FUNGSI PENGURUSAN KURIKULUM |
1. Unit Pengurusan Kurikulum Kemanusiaan - Latihan dalam Perkhidmatan Guru 2. Unit Pengurusan Kurikulum Bahasa - Perolehan dan Penyebaran bahan kurikulum. 3. Unit Pengurusan Kurikulum Sains Dan Matematik - Perolehan dan Penyebaran bahan kurikulum. 4. Unit Pengurusan Kurikulum Vokasional & Teknik - Perolehan dan Penyebaran bahan kurikulum.5. Unit Pendidikan Islam - Perolehan dan Penyebaran bahan kurikulum.6. Unit Peperiksaan & Penilaian - Pengurusan Pendaftaran Calon Peperiksaan Awam |
PIAGAM PELANGGAN
| PIAGAM PELANGGAN |
|
Rabu, 24 Mac 2010
Falsafah Pendidikan Malaysia
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang
dari segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara
Visi dan Misi
Bertekad untuk menjadi PKG kecemerlangan yang melahir dan membentuk pendidik dalam menerajui pembangunan dan penyelidikan ICT di persada antarabangsa.
Misi
Meningkatkan kualiti pengajaran, penyelidikan dan inovasi secara proaktif untuk melahirkan dan membentuk pendidik yang berakhlak murni, inovatif dan kreatif dalam menerajui pelbagai bidang ICT.
Objektif
* Melahirkan pendidik yang berkualiti serta berdaya saing di dalam menjana kemajuan masyarakat dan Negara, berketrampilan dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang luhur.
* Menjadi rangka-kerja untuk melancarkan pentadbiran dan pengurusan program latihan yang di rancang
* Menyediakan prasarana spesifik untuk pembangunan dan perkembangan disiplin yang berkaitan menerusi pengumpulan peralatan dan kemahiran modal insan dalam bidang berkenaan.
* Menjadi fokus kepada perkembangan penyelidikan dan pengolahsediaan hasil atau produk "downstream" bidang berkenaan.
ICT Memperkasa Sistem Pengurusan Sekolah
Jelas sekali, teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) telah membuka peluang yang cukup luas untuk pihak pengurusan sekolah menjadi lebih telus,efisyen, dan berkesan.Ketelusan pengurusan sekolah boleh meningkatkan keyakinan ibu bapa terhadap sekolah, lantas menggalakkan ibu bapa untuk memberi lebih sokongan dari segi sumber dan juga moral terhadap program-program yang ingin dilaksanakan oleh pihak sekolah.Jalinan intim antara pihak sekolah dan ibu bapa pastinya akan memotivasikan pihak sekolah untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan – termasuk dalam pengurusan ICT. Begitulah antara pemerhatian saya tentang kelebihan daripada penggunaan teknologi dalam pengurusan sekolah.
Sumber daripada British Education Technology Agency (Becta) melaporkan, pada 2009, sebanyak 80 peratus sekolah di Britain menggunakan medium Internet sebagai sumber interaksi maklumat dengan ibu bapa. Jelaslah bahawa sistem pengurusan memang banyak manfaatnya jika dapat diaplikasikan di sekolah. Masalah disiplin, prestasi pembelajaran, dan hal-hal kecemasan yang memerlukan tindakan segera berkaitan anak-anak dapat dicapai dengan serta merta.Laporan Becta turut menyatakan bahawa berlaku aktiviti atas talian dalam kalangan ibu bapa ketika membantu pembelajaran anak-anak. Menurut laporan itu, ibu bapa yang prihatin ini akan melayari Internet dan menilai kualiti pengisian secara pintar, menggunakan teknologi untuk menyokong minat dan hobi anak-anak, serta memastikan anak-anak melayari Internet dengan selamat.
Dalam konteks negara kita, apa yang saya sering dengar ialah permintaan ibu bapa untuk membuat pendaftaran persekolahan anak, membeli buku,dan mendapat tindak balas dari pihak sekolah secara on line. Sememangnya, inilah antara hasrat semua pihak apabila teknologi diperkenalkan dalam pendidikan.Walau bagaimanpun, ada juga yang kurang jelas tentang manfaat pengurusan sekolah yang berbantukan teknologi.
Ada yang berpendapat kurang kepakaran untuk menggunakan teknologi komunikasi adalah satu halangan besar. Pihak pengurusan sekolah perlu mengepalai penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di peringkat sekolah.Kemahiran asas boleh dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi dengan penggunaan yang kerap.S aya teringat semasa berusaha untuk menguasai kemahiran menggunakan teknologi maklumat tanpa sebarang latihan formal untuk menulis tesis bagi ijazah kedoktoran. Saya boleh melakukannya dan saya yakin pengetua pun boleh. Memang tidak mustahil.Kita memang boleh!
- Dr Norrizan Razali ialah pakar strategi dalam transformasi pendidikan.
Beliau kini ialah Ketua Jabatan Sekolah Bestari Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC), Cyberjaya
Peranan pentadbir
A. Pengurusan Kurikulum Dan Ko Kurikulum
1. Mengagihkan tugas-tugas akademik dan bukan akademik kepada staf.
2. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum atau Panitia Mata Pelajaran
3. Merancang Jadual Waktu.
4. Menyediakan takwim akademik sekolah
5. Menyelia pengajaran dan pembelajaran (P & P)
6. Menyemak buku rancangan pelajaran
7. Menyediakan panduan dan perincian tugas-tugas kepada staf
8. Merancang program sokongan akademik
9. Merancang pelbagai kegiatan berkaitan dengan kurikulum
10. Menyenaraiutamakan pelbagai kegiatan berkaitan dengan kokurikulum
11. Menetapkan sasaran akademik untuk tahun semasa.
B. Pengurusan Kewangan, Kemudahan dan Sumber
1. Mengenalpasti keperluan-keperluan sekolah.
2. Memastikan stok sentiasa kemaskini
3. Mengoptimumkan penggunaan segala kemudahan yang ada
4. Memastikan kemudahan dan kelengkapan diselenggarakan dengan baik
C. Pengurusan Tenaga Pengajar Dan Kakitangan
1. Mengubal Carta Organisasi Sekolah
2. Menetapkan tugas-tugas staf
3. Menwujudkan budaya dan etika kerja yang cemerlang
4. Menyelia kemajuan dan prestasi staf
5. Merancang dan melaksanakan program pembangunan staf
D. Pengurusan Kebajikan Pelajar
1. Menyediakan kemudahan asas akademik dan bukan akademik
2. Menjaga keselamatan dan kesihatan pelajar
3. Mewujudkan perkhidmatan bimbingan dan kauseling
4. Menggunkan pelbagai bentuk bantuan kepada pelajar
5. Meningkatkan disiplin dan sahsiah pelajar
E. Pengurusan Perhubungan Dalaman Dan Luaran
1. Mewujudkan hubungan harmonis di antara pihak sekolah dengan masyarakat umum
2. Menubuh dan mempergiatkan aktiviti-aktiviti Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG)
3. Menjalinkan perhubungan yang bermakna di antara sekolah dengan pelbagai institusi
Kementerian Pendidikan atau agensi-agensi luar
TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN 1
A. Mengajar
1. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran
2. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan
3. Membimbing pelajar memeprolehi ilmu, kemahiran dan mengamalkan sikap positif.
4. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan.
B. Membantu Guru Besar Dalam Pengurusan Kurikulum
1. Membantu Guru Besar dalam pengagihan tugas-tugas akademik kerpada staf
2. Menyelaras pengendalian mesyuarat panitia mata pelajaran
3. Menyelia dan megemaskinikanjadual waktu tahunan.
4. Menyelia dan mengemaskinikan jadual waktu “ sit –in “
5. Memabntu Guru Besar menyemak dan menandatangani Buku Rekod Persediaan
mengajar.
6. Membantu Guru Besar mengurus hal-hal peperiksaan dalaman, UPSR dan kelompok
7. Membantu Guru Besar merancang p[rogram sokongan akademik
8. Berinteraksi dengan Penyelia Petang dalam hal-hal akademik dan bukan akademik
C. Membantu Guru |Besar dalam Urusan Pentadbiran Harian.
1. Menyemak kehadiran staf
2. Mengurus data dan maklumat
3. Mengawal disiplin pelajar
4. Mewakili Guru Besar menghadiri taklimat?majlis rasmi
D. Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Staf
1. Menyelia kerja-kerja staf
2. Melaksanakan pembangunann staf
3. Menilai prestasi sasaran kerja tahunan staf
E Membantu Guru Besar Dalam Pengusan Kemudahan Dan Sumber
1. Menentukan bekalan kemudahan asas mencukupi
2. Mengoptimumkan penggunaan segala kemudahan dan kelengkapan sedia ada
3. Menyelenggara kemudahan dan kelengkapan
F Membantu Guru Besar Dalam Tugas-Tugas Lain
1. Membimbing guru-guru baru/pelatih/sandaran dalam mengendalikan tugas-tugas
mereka
2. Menyelia kegiatan-kegiatan bimbingan dan kelas-kelas pemulihan
3. Membantu dalam perancangan takwim akademik tahunan sekolah
4. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah
5. Mengurus hal-hal bangunan, keceriaan, keselamatan dan ketenteraman sekolah
6. Melaksanakan arahan-arahan atau tugasan-tugasan lain seperti yang diberikan oleh
pihak Kementerian Pendidikan atau pihak atasan lain dari masa kesemasa.
TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN 2 (HAL EHWAL MURID)
A. Mengajar
1. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tututan Sukatan Pelajaran
2. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan
3. Membimbing murid memperolehi ilmu, kemahiran dan mengamalkan sikap positif
4. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan
B. Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Kebajikan Dan Disiplin Pelajar
1. Menyediakan khidmat bimbingan dan kauseling murid
2. Mengawal keselamatan, kebajikan dan kesihatan murid
3. Mengurus bentuk bantuan kebajikan murid seperti:
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
Pelbagai Biasiswa
Bantuan Khas Pakaian Seragam/kasut/beg tajaan Kementerian Pendidikan
Bantuan cermin mata tajaan Kementerian Pendidikan atau Persatuan Orang Buta
Lain-lain bantuan khas bagi murid-murid miskin
4. Mengurus dan mengemaskinikan pelbagai rekod kebajikan murid
5. Membantu menguatkuasakan peraturan-peraturan sekolah
6. Mengendalikan kes-kes disiplin murid
7. Mengurus hal-hal makanan, minuman dan kebersihan kantin sekolah
8. Menguruskan hal-hal Projek susu.
C. Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Kemasukan dan Pendaftaran Pelajar
1. Mengendalikan pendaftaran murid-murid Tahun Satu
2. Menempatkan pelajar yang baru berpindah dari sekolah lain
3. Menguruskan perpindahan murid
D. Membantu Guru Besar dalam Perhubungan Awam
1. Mewujudkan hubungan harmonis dengan masyarakat umum
2. Mempergiatkan kegiatan-kegiatan Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG)
3. Menjalainkan hubungan mesra dengan ahli-ahli staf kedua sesi pagi dan petang
E. Membantu Guru |Besar dalam Tugas Tugas Lain
1. Menguruskan hal Ehwal murid/kebajikan murid
2. Menyelia kemudahan rawatan murid
3. Menyediakan peralatan teknologi pendidikan
4. Menentukan bahan Pusat Sumber dan Bacaan murid
5. Mengganggotai jawatankuasa perbadanan dalam sekolah
6. Mewakili Guru Besar menghadiri mesyuarat, taklimat dan majlis rasmi
7. Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar
dan Kementerian Pendidikan dari masa kesemasa.
TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN ( KOKURIKULUM)
A. Mengajar
1. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tututan Sukatan Pelajaran
2. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan.
3. Membimbing pelajar memperolehi ilmu, kemahiran dan mengamalkan sikap positif
4. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan
B. Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Kurikulum
1. Merancang, menyelaras dan mengubal hal-hal kurikulum
2. Merancang, menyusun dan menyelia kerja-kerja akademik
3. Merancang dan menyelaras penyertaan pelbagai kegiatan akademik dengan pihak luar
C. Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Kokurikulum
1. Menentukan bekalan, persiapan dan kemudahan asas aktiviti-aktiviti kokurikulum
2. Menyelenggara dan merekod kelengkapan serta kemudahan kokurikulum
3. Mengoptimumkan penggunaan kelengkapan dan kemudahan sedia ada
4. Merancang dan menjadualkan kegiatan-kegiatan kokurikulum sepanjang tahun
5. Menyelaras aktiviti-aktiviti kokurikulum dengan institusi/perbadanan luar
6. Mempengerusikan mesyuarat yang berhubung kait dengan hal-hal kokurikulum
D. Membantu Guru Besar Dalam Perhubungan Awam
1. Menjalinkan hubungan harmonis di antara pihak sekolah dengan masyarakat umum
2. Mempergiatkan aktiviti-aktiviti anjuran PIBG dengan pihak Ibubapa .
3. Menjalinkan hubungan baik dengan ibubapa secara langsung
E. Membantu Guru Besar Dalam Pentadbiran Harian
1. Menyemak kehadiran staf
2. Mengawal disiplin, keselamatan dan kebajikan pelajar
3. Melayan tetamu semasa ketiadaan Guru Besar.
4. Mengurus maklumat dan data rasmi sekolah
F. Membantu Guru Besar Dalam Tugas-tugas Lain
1. Menjalankan tugas-tugas rasmi semasa ketiadaan Guru Besar
2. Merancang dan menguruskan pentadbiran sekolah secara amnya.
3. Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum
4. Beranggungjawab tentang lawatan-lawatan anjuran pihak sekolah.
5. Menyelaras hari-hari perayaan dan upacara sekolah
6. Melaksanakan tugas-tugas lain atas arahan Guru Besar atau Jabatan Pendidikan dari
masa kesemasa
OBJEKTIF UNIT KURIKULUM
- Memastkan semua maklumat kurikulum kebangsaan dan program KPM yang diterima oleh JPN disampaikan kepada guru dalam tempoh yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Memastikan semua murid tahap satu di sekolah rendah menguasai kemahiran 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)
- Memastikan penyeliaan, pengesanan, penilaian dan pemantauan perlaksanaan pengurusan kurikulum dilaksanakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun
- Memberi khidmat kepakaran dan bimbingan dan pimpinan kepada pengurusan sekolah dan guru dalam aspek kualiti pengurusan dan perlaksanaan Kurikulum Kebangsaan.
- Memantau pengurusan kurikulum di sekolah dilaksanakan sekurang-kurangnya dua kali dalam tempoh 1 tahun.
- Memastikan sekurang-kurangnya 2 Kajian Tindakan dilaksanakan dalam tempoh 1 tahun.
- Memastikan sekurang-kurangnya 5 program kurikulum dilaksanakan dalam tempoh 1 tahun.
- Menngkatkan prestasi peperiksaan awam melalui peningatan pencapaian Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) dan Gred Purata Sekolah (GPS).
| STRATEGI PENGURUSAN KURIKULUM | | | |
| |
| |
| 1. PERANCANGAN :
2. KEMUDAHAN :
3. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN :
4. KAWAL SELIA :
5. PROGRAM KHAS :
6. PENGIKTIRAFAN :
|
Sejarah PKG Arau
Perancangan penubuhan Pusat Kegiatan Guru (PKG) telah dibuat oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementeria Pelajaran Malaysia. Pusat Kegiatan pada mulanya dikenali sebagai Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD).
Ia bermuda pada awal tahun 1986 dengan pembekalan secara berperingkat-peringkat bagi menghasilkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran serta memberikan perkhidmatan kepada guru-guru di sekolah yang terlibat. Pusat Sumber Pendidikan Daerah ( PSPD ) pada mulanya menumpang di Sekolah Tengku Budriah, Arau. Sekolah ini di pilih kerana ianya terletak di satu lokasi yang ‘sentral’ kepada sekolah-sekolah kelompok yang akan menggunakan kemudahan serta perkhidmatannya.
Pada mulanya, PSPD Arau mempunyai 11 ahli yang terdiri daripada sekolah-sekolah rendah dan menengah kawasan ini. Sekolah-sekolah itu ialah :
1. Sekolah Tengku Budriah
2. Sekolah Kebangsaan Pauh
3. Sekolah Kebangsaan Arau
4. Sekolah Kebangsaan LKTP Chuping
5. Sekolah Kebangsaan Kubang Gajah
6. Sekolah Kebangsaan Guar Nangka
7. SRJK ( C ) Sin Min, Pauh
8. SRJK ( C ) Hwa Aik, Arau
Mulai tahun 1991, Sekolah Menengah dalam kawasan Arau di masukkan menjadi ahli PKG. Diantaranya ialah :
1. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad
2. Sekolah Menengah Vokasional Arau (kini dikenali SM Teknik)
3. Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Alawiyah
Pada 10 Jun 1991, bangunan tetap PKG Arau telah siap dibina. Peralatan-peralatan yang dibekalkan dibawah Projek Bank Dunia pada mulanya ditempatkan di PSPD dipindahkan secara berperingkat-peringkat ke bangunan PKG ini.
Sejak PSPD ditubuhkan, ianya diuruskan oleh Guru PSS Sekolah berkenaan sehinggalah pihak Jabatan Pendidikan menempatkan seorang pegawai penyelaras untuk ditugaskan di PKG. Pegawai-pegawai yang telah berkhidmat di PKG Arau sejak ianya ditubuhkan ialah :
1. En. Wan Kamaruddin Bin Wan Ahmad
2. Puan Som Bt Abas
3. En. Mahmud Bin Ismail
4. En. Abdul Aziz Bin Said
5. Pn. Zaiton Bt Minhad
6. En. Ghazali Bin Hanafi.
Sekarang, PKG Arau mempunya 14 buah sekolah ahli dengan bertambahnya 3 buah sekolah baru iaitu :
1 ) Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Siding.
2 ) Sekolah Menengah Al-Maad.
3 ) Sekolah Rendah Islam 3 ( Chuping ).
Secara ringkasnya sekolah dalam PKG Arau boleh lah dibahagikan kepada :
1 ) Sek. Keb : 6 buah
2 ) SRJK ( C ) : 2 buah
3 ) SR Islam : 1 buah
4 ) SMK : 5 buah.
BTPN Perlis telah menempatkan 4 orang kakitangan untuk menjalankan tugas di PKG Arau yang terdiri daripada :
1) Encik Amir Faisol Bin Shafie -PTP1
2) Encik Zulkhairi Bin Ramli - PTP 2
3) Puan Zarinah Binti Mohd Zain - PT N17.
4)Encik Mohd Sanim Bin Bukhori - Juruteknit