Visi
Bertekad untuk menjadi PKG kecemerlangan yang melahir dan membentuk pendidik dalam menerajui pembangunan dan penyelidikan ICT di persada antarabangsa.
Misi
Meningkatkan kualiti pengajaran, penyelidikan dan inovasi secara proaktif untuk melahirkan dan membentuk pendidik yang berakhlak murni, inovatif dan kreatif dalam menerajui pelbagai bidang ICT.
Objektif
* Melahirkan pendidik yang berkualiti serta berdaya saing di dalam menjana kemajuan masyarakat dan Negara, berketrampilan dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang luhur.
* Menjadi rangka-kerja untuk melancarkan pentadbiran dan pengurusan program latihan yang di rancang
* Menyediakan prasarana spesifik untuk pembangunan dan perkembangan disiplin yang berkaitan menerusi pengumpulan peralatan dan kemahiran modal insan dalam bidang berkenaan.
* Menjadi fokus kepada perkembangan penyelidikan dan pengolahsediaan hasil atau produk "downstream" bidang berkenaan.